Sunday, February 22, 2009

Budak Archi Suka Main Bowling


BOWLING TOURNAMENT

Kita akan mengadakan satu perlawanan bowling antara studio.
Semua maklumat tertera dalam flyers.
Untuk maklumat lanjut, rojer-rojer pada Palai 03.

Inilah masa nya untuk mempamerkan kehebatan masing-masing dalam permainan bowling.
Hantarlah wakil terbaik dari batch anda.
Dan kepada yang lain,
datanglah untuk memberi sokongan padu dan tepu kepada pemain kita yang ala-ala hebat.

Akhir sekali,mohon maaf, kenderaan ke lokasi perlawanan tidak disediakan.
Makan minum pun dari poket sendiri.


Thursday, February 19, 2009

LOGO & TULISAN

setelah dipersetujui oleh En.Tajul, logo dan tulisan untuk ArchiFest telahpun di tetepkan.
LOGO

TULISAN

Tuesday, February 17, 2009

mesyuarat agong


masa untuk pembentangan tentang archifest telah tiba.
studio 03 yang mnguruskan archifest semester ini akan membentangkan
idea,design,perancangan dan yang berkaitan di hadapan semua kerabat seni bina.

malam itu juga, logo untuk archifest akan dibentangkan.

semoga semua nya berjalan dengan lancar.

budak archi bersuara lagi!


kali ni giliran studio 05 pula berucap untuk berkongsi pengalaman
di santubong dengan kerabat seni bina semua.

Agak menarik pengalaman mereka semua kerana disana mereka terlibat dalam program anak angkat bersama penduduk kampung di sana.

tujuan asal datang ke santubong adalah untuk subjek design mereka,
tetapi apa salahnya berseronok sekaligus.

Monday, February 9, 2009

ARCHISPORT







Wednesday, February 4, 2009

Budak Archi Memang Sihat


ARCHISPORT!

Medan untuk warga senibina menampilkan kehebatan masing-masing dalam sukan sekaligus bertanding untuk merebut kejuaraan.

Permainan seperti futsal, bola tampar, sepak takraw dan bola jaring adalah permainan yang dipertandingkan, menjadi tradisi sejak berkurun lama nya.

Warga senibina digalakkan datang pada hari pertandingan sebagai peserta atau pun sebagai penyokong fanatik pemain-pemain kita yang ala2 hebat.

Turun ke padang dan kasi pecah itu padang!

Cakap-Cakap Budak Archi


Architalk yang pertama untuk semester ini telah pun berjalan dengan lancar pada malam sebelumnya.

Dengan tajuk TranXXit, Architalk kali ini bertujuan untuk mendedahkan tentang Minggu Alam Bina atau lebih dikenali sebagai Architectural Workshop.

Pendedahan ini sangat penting kerana pada pertengahan tahun ini, atau cuti semester kali ini, UiTM Perak akan menghantar wakil ke UiTM Shah Alam untuk mewakili universiti kita dalam Minggu Alam Bina akan datang.

Architalk ini telah disampaikan dengan jaya nya oleh Yasssin dan Amirul Asyraf,
dibantu oleh rakan mereka yang lain dari studio 06.

Majlis bermula pada pukul 9 malam dan tamat pada pukul 11.30 malam.
Terima kasih kepada semua yang hadir, dan kepada yang tak hadir pun,
terima kasih atas sokongan anda dari belakang.

Semoga Architalk kali ini dapat memberi inspirasi kepada semua warga senibina yang hadir pada malam itu.

Logo Archifest Telah Dipilih

Majlis bermula dalam lingkungan jam 9 malam dan berakhir pada jam 9.30 malam.
Para pensyarah tiba di studio 01 dan majlis dimulakan.
Pensyarah (En Tajul) terus memilih logo yang telah di pamerkan oleh peserta tanpa sebarang pembentangan dari pelajar
Logo yang dipilih datangnya dari pelajar studio 03,
iaitu logo yang menggunakan tulisan khat jawi yang membawa maksud "AJAR".
Majlis di tutup sejurus selepas pemilihan dan sedikit ucapan daripada pensyarah (En Tajul). Pemilihan pada malam ini bukanlah diterima sepenuhnya, tetapi pemenang logo diminta untuk memperindahkan lagi logo tersebut.
Untuk tatapan warga seni bina yang tidak sempat menghadirkan diri pada malam itu,
disini di tampilkan buat julung-julung2 kali nya lakaran awal logo Archifest 2009.

Mari Reka Logo


Tema telah dipilih, iaitu AJAR.
Telah dihebahkan selepas tamat mesyuarat agung Archisa buat yang ke julung kali nya.

Para pelajar seni bina hendaklah bersedia untuk menyahut cabaran ini dan mereka satu logo untuk Archifest yang akan berlangsung pada semester ini.

Semoga rekaan yang terbaik akan dipilih.