Wednesday, February 4, 2009

Cakap-Cakap Budak Archi


Architalk yang pertama untuk semester ini telah pun berjalan dengan lancar pada malam sebelumnya.

Dengan tajuk TranXXit, Architalk kali ini bertujuan untuk mendedahkan tentang Minggu Alam Bina atau lebih dikenali sebagai Architectural Workshop.

Pendedahan ini sangat penting kerana pada pertengahan tahun ini, atau cuti semester kali ini, UiTM Perak akan menghantar wakil ke UiTM Shah Alam untuk mewakili universiti kita dalam Minggu Alam Bina akan datang.

Architalk ini telah disampaikan dengan jaya nya oleh Yasssin dan Amirul Asyraf,
dibantu oleh rakan mereka yang lain dari studio 06.

Majlis bermula pada pukul 9 malam dan tamat pada pukul 11.30 malam.
Terima kasih kepada semua yang hadir, dan kepada yang tak hadir pun,
terima kasih atas sokongan anda dari belakang.

Semoga Architalk kali ini dapat memberi inspirasi kepada semua warga senibina yang hadir pada malam itu.

0 comments:

Post a Comment